Tuesday, March 4

pelajar cemerlang, bijakkah kita membuat keputusan

Seperti yang ibu bapa inginkan, kebanyakan pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran...namun sejauh manakah pelajar2 ini mengetahui minat dan kecenderungan masing-masing?

Tahukah anda?ramai diantara kita tidak mengetahui minat dan kecenderungan kita sehingga dunia pekerjaan menjadi beban yang tidak terhingga dan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Selain itu, tekanan tempat kerja boleh menjadi dampak negatif sehingga mengganggu produktiviti pekerjaan yang kita lakukan.

Dunia perubatan merupakan salah satu kerjaya impian pada masa sekarang. Dilihat sebagai satu platform untuk mendapatkan nama, kekayaan dan pahala, namun disebalik semua itu, kita perlu mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, sanggup bekerja keras dan empati terhadap orang yang menerima rawatan.

Tekanan kerja seorang doktor sangat tinggi kerana melibatkan sesuatu yang berharga iaitu nyawa. Sekalipun dibayar tidak ternilai harganya. Jadi impian ini bukan sahaja memerlukan keputusan yang cemerlang tetapi juga mental dan fizikal yang cukup optimal sehingga mampu melangkah ke tahap seterusnya.

Alah bisa tegal biasa. Dunia kedoktoran memerlukan kemahiran yang tinggi namun dengan ketekunan yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan ilmu yang dimiliki. Semakin banyak penyakit yang ditangani semakin tinggilah kemahiran kita.

Tepuk dada tanyalah selera, selagi kita percaya dan yakin dengan pilihan dan minat kita, saya percaya.apapun yang menjadi pilihan kerjaya, pasti kita akan berjaya. Ingatlah setiap orang bermula dengan kosong dan dari kosong kita akan bangkit mengisi kekosongan ini.


No comments:

Post a Comment