Monday, May 10

yang mana satu pilihan hati!!!

pernah tak korunk terfikir..
warna mampu memberikan kesan spiritual kepada kita...
macam merah..
kenapa dikatakan warna ni melambangkan berani..
api dikaitkan dengan semangat yng membara2....

 apa kata warna anda nyer??
saya minat warna biru...
jom kita lihat warna pilihan masing nyer~~

 shugo chara-best sgt-huuuu


Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.



Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

warna2 ni semua sedikit sebnyak akan melambang personaliti anda
mana satu pilihan anda!!!


p/s-tengok warna terang n menarik hati ni...tetiba je rasa semangat..
neway,apa pon yang korunk minat eventhough org lain kata apa pon,semua chantek k...
colour life coz colour will make ur life more better than before:)

3 comments:

  1. tak aci...
    huhuhu!!!
    aper2 je asalkan bukn hitam dan putih sudah!!
    :)

    ReplyDelete
  2. tapi ana hitam kakak putih,,,uwaaaa!!!

    ReplyDelete